Sunday 11 March 2012

wedding week

Hahaha. harini aku dah citelah sikit aktiviti aku sepanjang hujung minggu ni .Haa, memang penat lah jugak minggu ni sebab minggu ni jugak lah ramai orang nak buat kenduri kahwin. Okayy sangat sesuai lah tu lagipun budak sekolah pun dah cuti kan. Walaupun budak sekolah dah meraikan cuti sekolah diorang tapi kenapa aku tak dapat merasakan cuti sekolah? Haa, memang la sebab aku hari-hari duduk rumah. Cuti lah jugak tu kan? Hahaa. Eh tertibe mengarut .Sorry korang :) okay berbalik kepada cerita tadi , semalam hari sabtu aku busy lah pergi wedding rumah sedara aku kat Segamat, Johor. tapi pada mulanya aku malas lah nak pegi sana, tapi mak aku dah paksa ,lagipun nanti ape pulak sedare aku yang lain ckp kan .nanti diorang ckp aku sombong pulak dengan sedare sendiri. Tapi aku bukannya sombong pun .Aku tak biasa nak bergaul dengan sedare belah mak aku tu .Sepupu aku sendiri pun aku tak kenal .Hahaha,maybe sebab takde geng satu kepala dengan aku kot.

Okayy sampai jek dekat sana aku pun terkejut sebab aku pun tak pernah seumur hidup aku dtg rumah sedare aku tu.Mungkin sebab tak berapa rapat kot. Lagipun rumah dia jauh kat pedalaman ,kat area ladang estet. aku fikir orang india jek yang duduk sini,rupanyaa ada jugak orang melayu yang duduk kat sini .okayy la tuh kan .Satu malaysia gitu .ehh ? mengarut lagi. Lepas jek kitaorang sampai terus jek bersalam dengan sedare aku .Tapi sedare aku tu ramai perempuan ,lelaki memang nak pupus kot .Kalau ada pun semua warga veteran.aku pun salam lah jugak semua orang ,karang ckp aku ni takde adab pulak kan. hehe :) okayy tapi aku tengok dia punya wedding pun simple doh .Tapi okay la simple kan xde lah diorang membazir . Tapi kat situ yang paling aku menyampah bila semua budak kat situ duduk pandang aku pelik jek.Hello macam la aku ni ada buat salah kat korang ,,malu doh diorang dok pandang aku then cakap bisik-bisik. lantak korang la nak mengumpat apa pun ,ado den kesah ? kau ado? haha.

ni lah pengantinnya :) sweet kan?
Lepas jek duduk tunggu pengantin ,tetibe pengantin tu terus keluar rumah then terus duduk kat meja makan.Aku pun pelik kenapa takde berjalan smbil main kompang, pelamin pun takde .Tapi ayah aku ckp memang adat diorang bila kahawin buat simple-simple .tak nak membazir kot. tapi takpe lah asalkan diorang happy dah mendirikan masjid. ehh. Haha :D lepas jek kitaorang mkn then mak bapak aku dok berborak dengan sedare mara diorang kita org pun terus lah balik .lepas tu yang paling tak boleh blah bila aku punya fanny pack tertinggal kat rumah kenduri tu ,memang cuak lah time tu .Dah la aku pun wallet ada kat dalam tu, kalau hilang mampus aku .Nasib lah bila patah balik sedare aku dah simpankan sebab dia tahu mesti aku patah balik punya. Sengal kalau aku dah sampai rumah baru teringat aku punya fanny pack tu ,dah confirm lah kena patah balik amik benda tu jek dah satu hal .Haish dugaan betul . okay jum tengok gmbar raja sehari ni aku dah ambil semalam :) jum tengok jum :)





haha abaikan muka buruk aku tu :) leha comel.hihi
Okayy yang second day hari Ahad pulak aku pergi wedding kat rumah kawan aku "Kat" nama dia.Bukan kucing tau .tu nama singkatan dia jek .hehe :) masa ni makcik dia yang kahwin .Memula aku malas pulak nak pergi sebab penat tak hilang lagi ,tapi dia dah suruh dtg ,dah siap bagi kad jemputan lagi ,karang kalau tak dtg apa pulak dia kata :) Tapi yang tak boleh tahan tu dia suruh dtg pagi-pagi pukul 10.00 a.m pulak tu .gila aku baru nak jadi tetamu VVIP nak dtg lambat .Haha .Takpe lah demi kawan-kawan kan .Pagi je terus gerak dari rumah pegi rumah makwe aku haha, takde la gurau jek. Aku pergi rumah kwn aku zaleha dulu sebab aku dah janji nak pergi sama-sama dengan dia . hee :) sampai jek sana "Kat" pun ada dengan dia sekali ,lepas tu terus je gerak pergi rumah kenduri .Sampai jek sana memang tak ramai orang lagi,yo lah pagi lagi mana ade orang nak dtg kan .hahha.


Lepastu dia ajak pulak duduk kat dalam rumah, terasa macam makcik-makcik pulak duduk kat dlm rumah .Segan doh dah la ramai saudara dia. aku dengan leha duduk mcm tikus mondok jek senyap dalam rumah tu .Punya lah lama nak tunggu masa untuk "mentedarahh" dah la perut aku aku lapar masa tu ,bajet aku nak makan puas-puas kat sana .Hahaha. lepas tu yang tak boleh bla nak mkn pun kat dalam rumah .Haha maklum lah tetamu VIP kan ,nak makan kat luar ramai orang .tak selesa kot .Lepas makan jek ingat nak terus bergambar dengan pengantin ,last-last lama sangat tunggu pengantin aku bergambar la dulu dengan bff aku.haha. tengok ni :)



dengan pengantin :)
okayy lepastu tunggu punya tunggu hari pun dah nak hujan. Dah gelap kot ,tapi aku belum dpt lagi bergmbar dengan pengantin .Adehh tapi "Kat" suruh tunggu .terpaksa lah tunggu kejap kan ,sambil tu boleh bergosip dengan leha .hahah :D mmg kelakar jek .Kesian sape jadi mangsa kutukan kitorang tadi .Hewhew :) yeah akhirnyaa dapat jugak tangkap gambar dengan pengantin ,tu pun masa diorang tengah makan kita serbu .Makan pun nak sopan bagai .kalau aku kahwin nanti mesti mcm tu kot :) hee.Lepas jek amik gambar aku terus jek balik .memang penat gila kot .Eh aku rasa dah banyak sgt ni aku mengarut ,dah tak tahu nak tulis apa dah .Nanti kalau ade pape event aku share okayy ,sampai sini saje lah .byee semua asalamualaikum :)




No comments:

Post a Comment