Saturday 19 May 2012

Good luck to my friends :)

Yang ni leha, pasti aku akan rindu dia sangat-sangat
Assalamualaikum :) Hey hey ! :) Rindu kah dekat blog aku ni .lama dah tak update blog ,lagipun malas nak update . tapi harini tah kenapa rasa macam rajin je nak updated .tengok korang sume update blog ,so aku pun terasa mcm nak update kejap lah :) Takpe nanti dah sambung study kompem takde masa nak update blog , baik manfaatkan saki baki cuti aku yang masih ade ni .hehe . Yang paling penting mesti aku akan merindui kawan kawan aku !Sumpah aku rindu korang .

Shah kompem aku rindu nak mengarut dengan kau lagi :(
Lagipun harini aku update blog pun sebab nak cite pasal korang lah .haha :D Tapi yang terbaiknyaa semua best friend aku dapat Matrikulasi ,so diaorg pergi lah .Lagipun diorg mmg nak pegi fast track tu ,takpela asalkan dia bahagia .hehe :D Tapi yang paling best kawan aku 2 org pompan ni Leha dengan Shura dapat Matrikulasi kat Kuala Pilah .Leha course Akaun, Shura course Science,diorg suka lah tu dpt dekat .Aku pun bersyukur gak alhamdulillah dapat UiTM Kuala Pilah ,Course Business Studies ,orang ckp course tu nanti susah dpt kerja, tapi bak kata cikgu sejarah aku "rezeki tu allah yang tentukan, janji kita ade niat nak study pun dah cukup".So aku akan pegang prinsip tu Bestnya masing-masing dpt dekat tapi yang bezanya Matrikulasi Kuala Pilah tu dekat dengan pekan ,aku ni UiTM dekat corok kampung sana ,Dekat dengan hutan .lepas tu jalan penuh dengan tahi lembu.haha :D takpe la asalkan aku dapat dekat .Alhamdulillah bersyukur sangat .Lagipun kitaorg dah plan kalau cuti je mmg nak balik sesama naik bus! Hhaha awesome gila lah kan ? hihi. 

shura i gonna miss you too. sory? sory? haha trademark!
Aku haraplah sgt ade kawan sekolah aku yang tercampak sama dekat UiTM Kuala Pilah tu ,tapi rasanya mcm takde je sebab kengkwn aku ramai yang pegi Form 6.Kengkwn sekolah rendah aku pun ramai yang dpt UiTM jauh-jauh, ade kat Machang ,Ipoh ,Jengka pun ade.Aku je dpt dekat. Tapi yang paling kelakar aku masuk form 6 pun sehari je.wkwkwkw! tak tahan la nak ulang alik dari rumah tu mcm penat je .Tapi yang sedihnya sorang lagi kwn aku Aqashah dpt Matrikulasi Pulau Pinang ,hamboii jauh gila kau dpt kan ?
Harapan kita dulu nak study sesama tak dpt lah kan ? Tapi kalau tak dpt pun nape lah kau tak dpt dekat Kuala Pilah .kalau dpt mmg dekat lah kita ,Hmm sedihh :( Takpe lah good luck lah yer ,dia ckp kat aku nak tukar Account ,takpela maybe dia dah bosan amik Pure Science kot.hehe .Pape pun goodluck untuk korang bertiga disana :) Leha ,shura ,shah mesti aku rindu korang nanti.

Thursday 10 May 2012

Cikgu belanja kitaorang lah!

besa tak pizza kitaorg? share dgn kat and leha :)
heyy heyy assalamualaikum . yeahh lamanya tak update blog ~ ni kiranya pembuka kalam lah ni untuk bulan May rite? wahh dah bulan May weii ,kejap beno dah tu .Bulan Jun dah sambung study balik semula. Takunyaa. Okay balik pada cite tadi aku nak cite yang cikgu aku belanja aku wehh!! bestnyaa . ni kiranya reward lah ni sebab dpt A subjek akaun untuk SPM kan ? hehe. lagipun dia dah janji kalau dpt A dia nak belanja .hahah :D

Satu,dua ,tiga ! Senyumm :)
Rupanya best jugak keluar jenjalan dgn cikgu aku ni otak pun gila-gila happening pulak tu ,tapi dalam class bukan main serius lagi mengajar,kalau ade je salah mesti kenalah ceramah kan.hehe tu dulu ,sekarang dah tak kena marah lagi .hehe . Lepas tu yang paling syoknya aku bukan pegi jenjalan dengan dia sorang je, kawan aku Leha and Cat pun ade teman sekali, tapi yang tak syoknye aku sorg je lelaki ,agak segan sikit ,tapi lelama okay dah .

ni lah cikgu aku :) thanks cikgu sbb belanja kitaorg,hehe
Sampai je sana cikgu terus ajak makan pizza adehh.Ni yang lemah ni ,bukan aku taknak makan ,tapi aku tak berapa suka pizza ni,tapi orang dah belanja kan sapu je, bak kata orang rezeki jangan ditolak,mahu jangan dicarik. tak gitu? haha. tapi yang tak boleh bla nye, nak order punya lah banyak tamak gila kot ,tapi lepas tu tak habis pun. Patutnya kena ajak lagi sorang baru boleh habis kot .Tapi before tu cikgu aku mmg nak ajak kawan aku yg lagi sorang ni ,syura nama dia,tapi dia segan pulak sbb dia bukan budak akaun, tu yang segan.

yeah besar :) tapi tak habis.haha
Lepas lepak2 dekat jusco sane cikgu pun dah puas shopping ,kitaorg pun pegi lah makan Tutti Frutti ,sebenarnya tu lah tujuan utama kitaorg, Actually ,kitaorg just mintak belanja tutti frutti je ,lepas tu dia yang offer nak belanja pizza bagai lagi ,so kitaorg pun on jela kan kan? tapi memang best la masa ni,elok jugak habiskan masa same cikgu ngan kengkawan ,lepas ni dah study jauh2 dah payah nak jumpa kan.

Pape hal pun aku tetap ingat kawan aku semua, aku risau diorg je yang dah lupa aku bila dpt kawan baru kat sana kan.hehe .Pape pun good luck la untuk korang semua okay ,and semoga berjaya di tempat baru .insyaAllah :)

Thursday 5 April 2012

SPM RESULT !

Heyy assalamualaikum :) lama jugak aku tak update blog ni ,rasa rindu pulak nak update blog ,nanti bila dah carry on study tak dapat nak update blog selalu :( btw ni post yang pertama untuk bulan April ni .Hee :) sukanya ! okayy nak cerita sikit la pasal result spm aku haritu ,sorry baru sekarang ade mase nak cerita , haritu asyik busy je, tah hape yg aku busy pun tak tahu ,padahal duduk kat rumah just goyang kaki je, haha :D

okayy stopp ,dah mengarut ni ,berbalik kepada cerita tadi , yer pasal result spm .Alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan keputusan yang aku dapat. Tak sangka boleh dapat 7A .Walaupun takde A+ tapi aku tetap bersyukur .Tak sangka kot mase trial haritu takde A pun ,B je yang banyak.Tak sia-sia la usaha aku selama ni ,berkat doa tiap-tiap hari  jugak tu. Hehe..Aku cuma target 6A jek ,aku dah bernazar malam sebelum aku amik result tu kalau dpt 6A dan ke atas , insyaAllah aku puasa. Last-last dapat lepas target .Alhamdulillah la kan puasa jugak sehari :)

Aku nak ucapkan terima kasih kat cikgu-cikgu aku semua tu .Terima kasih cikgu .Tak lupa jugak kat kawan-kawan aku yang selalu tolong aku dalam pelajaran .Thanks korangg ,aku sgt menghargainyaa. Haa , aku dah tak tahu nak tulis ape dah .Teruja sangat ni . okayy la sampai ketemu nanti.Tak tahu nak tulis apa dah :) tata.. :/

Alhamdulillah,aku bersyukur dgn ape yg aku dpt.

Sunday 18 March 2012

March 17th :)

yeah kami bertiga :) thanks syameen tolong capture kan.
hey hey ! saya disini . Assalamualaikum semua :) Lama dah tak update blog, eh lama kew? takde makna lamanya. haha .eh sorry mengarut lagi . hmm okay la straight to the point , aku nak update sikit la pasal aku keluar hang out dgn best buddies aku ni  Shah ngn ditemani oleh sedare aku Syameen . Actually , memang lama dah tak lepak kl, maklum la aku ni bukan suka sgt pergi berjalan sana. Tapi disebabkan nak jumpa dia aku pun pegi lah .Tapi yang paling aku tak suka terpaksa menaiki KTM (Keretapi Terlambat Malaysia) memang malang lah dari Seremban smpai Mid Valley kot aku berdiri ,tak dapat duduk lansung. Huh!

thanks shah :) candid picture .
okayy sampai jek sana terus jumpa ngn shah masa nak naik tangga , memula aku tak perasan pun , dah dekat baru perasan dia .Lepas jek salam semua tu terus pegi tengok movie :) cerita John Carter, gilaa sumpah tak faham dgn cerita ni , yang aku tahu ada Jedak lah, basoom , jasoom lah ,camtu ke ejaan dia? ah kesah pulak aku ,memang susah untuk memahami jalan cerita dia .Complecated sangat kot .Lepas jek tengok movie kitaorg pegi lah jenjalan , makan semua and so on lahh :) lepas tu lepak kejap dgn shaff :) okay lah tu lagi ramai org lagi meriah lah suasana kan :)
                                                                                         


Sunday 11 March 2012

wedding week

Hahaha. harini aku dah citelah sikit aktiviti aku sepanjang hujung minggu ni .Haa, memang penat lah jugak minggu ni sebab minggu ni jugak lah ramai orang nak buat kenduri kahwin. Okayy sangat sesuai lah tu lagipun budak sekolah pun dah cuti kan. Walaupun budak sekolah dah meraikan cuti sekolah diorang tapi kenapa aku tak dapat merasakan cuti sekolah? Haa, memang la sebab aku hari-hari duduk rumah. Cuti lah jugak tu kan? Hahaa. Eh tertibe mengarut .Sorry korang :) okay berbalik kepada cerita tadi , semalam hari sabtu aku busy lah pergi wedding rumah sedara aku kat Segamat, Johor. tapi pada mulanya aku malas lah nak pegi sana, tapi mak aku dah paksa ,lagipun nanti ape pulak sedare aku yang lain ckp kan .nanti diorang ckp aku sombong pulak dengan sedare sendiri. Tapi aku bukannya sombong pun .Aku tak biasa nak bergaul dengan sedare belah mak aku tu .Sepupu aku sendiri pun aku tak kenal .Hahaha,maybe sebab takde geng satu kepala dengan aku kot.

Okayy sampai jek dekat sana aku pun terkejut sebab aku pun tak pernah seumur hidup aku dtg rumah sedare aku tu.Mungkin sebab tak berapa rapat kot. Lagipun rumah dia jauh kat pedalaman ,kat area ladang estet. aku fikir orang india jek yang duduk sini,rupanyaa ada jugak orang melayu yang duduk kat sini .okayy la tuh kan .Satu malaysia gitu .ehh ? mengarut lagi. Lepas jek kitaorang sampai terus jek bersalam dengan sedare aku .Tapi sedare aku tu ramai perempuan ,lelaki memang nak pupus kot .Kalau ada pun semua warga veteran.aku pun salam lah jugak semua orang ,karang ckp aku ni takde adab pulak kan. hehe :) okayy tapi aku tengok dia punya wedding pun simple doh .Tapi okay la simple kan xde lah diorang membazir . Tapi kat situ yang paling aku menyampah bila semua budak kat situ duduk pandang aku pelik jek.Hello macam la aku ni ada buat salah kat korang ,,malu doh diorang dok pandang aku then cakap bisik-bisik. lantak korang la nak mengumpat apa pun ,ado den kesah ? kau ado? haha.

ni lah pengantinnya :) sweet kan?
Lepas jek duduk tunggu pengantin ,tetibe pengantin tu terus keluar rumah then terus duduk kat meja makan.Aku pun pelik kenapa takde berjalan smbil main kompang, pelamin pun takde .Tapi ayah aku ckp memang adat diorang bila kahawin buat simple-simple .tak nak membazir kot. tapi takpe lah asalkan diorang happy dah mendirikan masjid. ehh. Haha :D lepas jek kitaorang mkn then mak bapak aku dok berborak dengan sedare mara diorang kita org pun terus lah balik .lepas tu yang paling tak boleh blah bila aku punya fanny pack tertinggal kat rumah kenduri tu ,memang cuak lah time tu .Dah la aku pun wallet ada kat dalam tu, kalau hilang mampus aku .Nasib lah bila patah balik sedare aku dah simpankan sebab dia tahu mesti aku patah balik punya. Sengal kalau aku dah sampai rumah baru teringat aku punya fanny pack tu ,dah confirm lah kena patah balik amik benda tu jek dah satu hal .Haish dugaan betul . okay jum tengok gmbar raja sehari ni aku dah ambil semalam :) jum tengok jum :)





haha abaikan muka buruk aku tu :) leha comel.hihi
Okayy yang second day hari Ahad pulak aku pergi wedding kat rumah kawan aku "Kat" nama dia.Bukan kucing tau .tu nama singkatan dia jek .hehe :) masa ni makcik dia yang kahwin .Memula aku malas pulak nak pergi sebab penat tak hilang lagi ,tapi dia dah suruh dtg ,dah siap bagi kad jemputan lagi ,karang kalau tak dtg apa pulak dia kata :) Tapi yang tak boleh tahan tu dia suruh dtg pagi-pagi pukul 10.00 a.m pulak tu .gila aku baru nak jadi tetamu VVIP nak dtg lambat .Haha .Takpe lah demi kawan-kawan kan .Pagi je terus gerak dari rumah pegi rumah makwe aku haha, takde la gurau jek. Aku pergi rumah kwn aku zaleha dulu sebab aku dah janji nak pergi sama-sama dengan dia . hee :) sampai jek sana "Kat" pun ada dengan dia sekali ,lepas tu terus je gerak pergi rumah kenduri .Sampai jek sana memang tak ramai orang lagi,yo lah pagi lagi mana ade orang nak dtg kan .hahha.


Lepastu dia ajak pulak duduk kat dalam rumah, terasa macam makcik-makcik pulak duduk kat dlm rumah .Segan doh dah la ramai saudara dia. aku dengan leha duduk mcm tikus mondok jek senyap dalam rumah tu .Punya lah lama nak tunggu masa untuk "mentedarahh" dah la perut aku aku lapar masa tu ,bajet aku nak makan puas-puas kat sana .Hahaha. lepas tu yang tak boleh bla nak mkn pun kat dalam rumah .Haha maklum lah tetamu VIP kan ,nak makan kat luar ramai orang .tak selesa kot .Lepas makan jek ingat nak terus bergambar dengan pengantin ,last-last lama sangat tunggu pengantin aku bergambar la dulu dengan bff aku.haha. tengok ni :)



dengan pengantin :)
okayy lepastu tunggu punya tunggu hari pun dah nak hujan. Dah gelap kot ,tapi aku belum dpt lagi bergmbar dengan pengantin .Adehh tapi "Kat" suruh tunggu .terpaksa lah tunggu kejap kan ,sambil tu boleh bergosip dengan leha .hahah :D mmg kelakar jek .Kesian sape jadi mangsa kutukan kitorang tadi .Hewhew :) yeah akhirnyaa dapat jugak tangkap gambar dengan pengantin ,tu pun masa diorang tengah makan kita serbu .Makan pun nak sopan bagai .kalau aku kahwin nanti mesti mcm tu kot :) hee.Lepas jek amik gambar aku terus jek balik .memang penat gila kot .Eh aku rasa dah banyak sgt ni aku mengarut ,dah tak tahu nak tulis apa dah .Nanti kalau ade pape event aku share okayy ,sampai sini saje lah .byee semua asalamualaikum :)




Wednesday 7 March 2012

Masa sekolah dulu #

Serius aku terlalu rindukan zaman persekolahan aku dulu.Masa ni pulak tetibe teringat masa zaman sekolah .
Rindu sangat nak sekolah balik .memang terlalu banyak kenangan aku dgn kengkawan aku kat sana. Serius aku tak pernah lupa kat korang sampai bila-bila,dan aku harap jugak korang selalu ingat kan aku tau? miss you all! memang bosan kot bila tak dapat sekolah balik ,tak dapat pakai baju sekolah .Tapi benda yang paling aku tak boleh lupa bila bangun pagi ,siap-siap nak pergi sekolah, and whatever semua lah. okayy berbalik kepada cerita tadi. aku nak cerita kenangan masa sekolah dulu yang aku tak pernah lupa sampai sekarang .First aku ingat lagi masa hari guru ,time tu aku lukis gambar cikgu kesayangan aku tu dan bagi lukisan tu masa hari guru.Memang sweet gila ,even aku tak pandai sangat melukis, tapi aku bagi hadiah tu dengan ikhlas kot .Dia pun suka kot aku lukis gambar dia.HAHA! sumpah memang dia la cikgu terbaik yang pernah mengajar aku .Terima kasih cikgu! cikgu jugak yang membuatkan saya minat untuk belajar subjek Sains! Masa sekolah dulu aku ingat jugak kenangan aku dengan kengkawan kelas aku.Masa tu beli air sirap 50 sen then kongsi reramai .Memang kelakar sangat that moment .tapi serius aku akan ingat sampai bila-bila 


Tapi yang paling kelakar aku la yang jadi mangsa terpaksa keluarkan duit 50 sen .hehe :) Lepas tu ingat lagi masa form 2, aku ade minat kat sorang budak ni, siap hantar surat letak bedak lagi kat dia. Memang kelakar, maklum la tak tahu pape lagi ,biasa la budak baru nak up kan .Tapi memang tak boleh lupa lagi-lagi la perempuan tu bagitahu yang dia dah ada pakwe,memang sodih den .Hahaha! Then masa waktu zohor jek ,bila masa solat kena sembahyang kat surau ,masa tu la jugak aku ade kenangan manis yang memang kelakar .Masa tu aku boleh lupa bawak kain pelekat ,then terpaksa sembahyang kat dataran perhimpunan.kau bayang kan .dah la panas ,kena sembahyang dengan kaki ayam kot ,melecur kot tapak kaki masing-masing .memang tak khusyuk kot masa sembahyang tu .Tapi semua tu aku ambil iktibar untuk menjadi lebih baik :)


Okayy ,lepastu aku nak cerita sikit masa birthday aku masa form 4, hee :) ada budak kelas aku bagi aku hadiah depan org ramai.Memang segan kot ,tapi rasa happy la jugak sebab diorg ingat kot birthday aku and terasa sangat di hargai :) Ada sorang lagi budak kelas sebelah ummi kot nama dia siap letak kat bawah meja aku masa rehat .Hihi kelakar kot ,tapi jgn risau hadiah tu aku still simpan lagi :) terima kasih kawan ! arghh aku tak boleh tahan ni ,memang banyak kenangan manis yang aku akan always ingat.Semua kenangan pahit aku aku buang jauh-jauh .taknak sodih sodih .lastly, yang paling best masa sekolah siap bawak fon then kalau ada buat serbuan jek mesti aku mintak tolong cikgu yang kamcing dgn aku simpan kan .tapi yang tak boleh blah ,dia yang suruh aku bawak fon sbb nak bluetooth lagu .HAHA! memang kelakar .Terlalu banyak sangat kenangan aku kat sekolah .kalau tulis guna kertas pun  maybe tak cukup dakwat. Hanya kat sini jela yang dapat aku luahkan rasa rindu aku masa zaman persekolahan aku .Rindu kat semua kawan saya,cikgu-cikgu. hmm.okay la terpaksa undurkan diri dulu. nanti kalau ada something lagi aku share okay :) byebye .assalamualaikum.

Tuesday 6 March 2012

kaki lepak .

hee :) abaikan muka aku yang serabai tu.tengah panas ni :)
Hey assalamualaikum .Eh lama jugak en aku tak update blog ,actually saje jap nak gedik update . okay aku nak post pasal minggu lepas punya cite .Minggu lepas mmg terasa sangat penat. Penat sbb apa? haa, penat sebab melepak je kot. Hahaa.Maklum la life budak dah habis sekolah memang mcm ni .enjoy je puas-puas dulu before sambung study kan. ? tak gitu? hehe. Okayy berbalik kepada cerita tadi, memang penat gila melepak dgn geng-geng suka merayap ni .opss! haha . Memang best la dpt lepak ngn korang .Tapi yg paling best aku dpt jumpa someone yang aku suka. ! huhu~ okay jum intai-intai pic yang kitaorg capture, malas kot nak menaip pepanjang .nanti takut aku mengarut korang pulak yang bosan kan. Hihi.


                        
           haha .kelakar kot pic ni .masa ni kat Lake Garden :) sopan gila budak sebelah aku tu. thanks jugak kat danielle yang tolong amik kan pic ni. lepas jek lepak terus hujan pulak . adeh mmg basah kuyup.